Posted on

Remaja Pemimpin Negara..^_^

berapakah sebenarnya harga remaja

yang bersih dari gelodak kecewa

bagai kehijauan daun

bagai kesegaran pohon                                  

di pinggir jalan ini?

dengan apakah akan kau penuhi

piala remajamu

adakah cuka kesangsian

dari cinta murah

atau madu ajaran

dari ilmu susah?

Remaja sangat mahal

sesungguhnya

tiada terbeli oleh perjanjian

harga remaja adalah pendirian

keberanian dan ilmu.

penuhilah remajamu

dengan ketentuan tuju.

  1. Zaman remaja merupakan zaman yang sangat berharga.
  2. Remaja harus memanfaatkan usia remaja dengan menuntut ilmu.
  3. Remaja mestilah mempunyai pendirian, keberanian dan ketabahan dalam mencari ilmu.
  4. Remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan mereka.


Peranan Remaja Untuk Menjayakan Wawasan Negara.

Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun. Remajamemainkan peranan penting dalam memajukan negara dan golongan inilah yang mudahterpengaruh dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha untukmemastikan remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan negara iaitumenjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran sahajalah,seseorangitu boleh mengubah nasib dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmupengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan dengan ini kita masihbergantung kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlangyang boleh mereka cipta sesuatu kerana remaja perlu menjadi penyumbang teknologi, bukannyapengguna teknologi semata-mata.

Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang terjebak dalammasalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam vandalisme,gengsterisme,peras ugut danpenyalahgunaan dadah. Kesemua gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukankeluarga. Kerajaan pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikanmasalah ini. Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem. Lantaran itu,remaja yangberwawasan perlu menghargai masa dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas.

Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang negaraagar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikapyang terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapatdijalankan dengan sempurna.

Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan. Remajasepatutnya menjadi teladan yang baik kepada adik-adik mereka dengan berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen CintailahSungai kita dan Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapatmemainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.

Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan sumbangan tenagadan idea yang berterusan agar aspirasi negara untuk menjadi negara maju akan terlaksana. Untukmencapai hasrat itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan berbentukpengetahuan dan berusaha untukmeningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek sepertipengetahuan ICT yang membolehkan mereka memperoleh pengetahuan tanpa batasan menerusiinternet. Mereka boleh bertukar-tukat idea dengan remaja dari negara lain dan seterusnya bolehmenjana idea untuk menjayakan wawasan negara.

Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kitabersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benarberwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setandingnegara maju yang lain.

              

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s